fbpx

‘Tiada perlakuan jenayah dilakukan Azam Baki’ – LPPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Zahar pada sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini. - Foto Faiz Alif

PUTRAJAYA – Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau konflik kepentingan berhubung pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, perkara itu sudah diputuskan pada mesyuarat panel LPPR pada 24 November tahun lalu.

Beliau berkata, pada mesyuarat itu, Azam dipanggil bagi memberi penjelasan sebenar mengenai dakwaan pemilikan saham berkenaan kepada ahli penel LPPR yang lain.

“Azam memaklumkan beliau tidak memiliki apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat dan saham-saham berkenaan.

“Pembelian saham-saham itu dibuat di pasaran saham terbuka dan tiada sebarang pencanggahan kepentingan bagi pembelian saham-saham berkenaan pada tahun 2015.

“Bagaimanapun, kesemua saham-saham tersebut telah dipindahkan semula kepada Nasir Baki dalam tahun sama,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Katanya, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Azam itu dan bercadang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada masyarakat dalam masa yang tertentu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI