fbpx

Suami isteri antara didakwa tipu pembelian emas RM40,296

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki dan dua wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu urusan jual beli emas bernilai RM40,296. FOTO: NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Tiga lelaki dan dua wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu urusan jual beli emas dengan nilai keseluruhan RM40,296 di sebuah kedai emas di Senawang di sini, Disember tahun lalu.

Dua daripada tertuduh merupakan pasangan suami isteri iaitu Suhaila Yusof, 30, dan Shahzatul Ikmal Maarof, 38, manakala tiga lagi ialah Siti Nur Syakirah Salim, 23, Mohamed Harith Yusry Mohamed Rosli, 25, dan Muhammad Firdaus Roslan, 27, pekerja kilang.

Bagaimanapun, kelima-lima tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Salleh dan Norzaliza Tesmin di dua kamar mahkamah berbeza.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, kesemua tertuduh didapati melakukan penipuan terhadap pekerja kedai Saudagar Emas Sdn. Bhd. di Bandar Prima Senawang di sini dengan memperdayakan mereka menggunakan resit pembayaran dalam talian yang palsu dengan nilai keseluruhan RM40,296.

Kesalahan itu dilakukan di antara pukul 1.19 pagi, 27 Disember hingga 10.52 pagi, 29 Disember 2021 di kedai emas berkenaan.

Sehubungan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, dengan sebat dan boleh didenda. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI