fbpx

Soraya Rasyid idam lelaki budiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SORAYA RASHID

PELAKON dan juga pengacara Indonesia, Soraya Rasyid mendedahkan, sehingga kini belum ada mana-mana lelaki yang boleh membuatkan dirinya berasa selesa dan selamat.

Pelakon sinetron Preman Pensiun itu berkata, selepas memutuskan hubungan cinta bersama bekas kekasihnya, David John Schaap, dia sukar mencari pasangan yang benar-benar sepadan dengan ‘seleranya’.

“Susah untuk mencari pasangan yang boleh membuatkan saya berasa selesa dan selamat. Makanya saya masih solo sehingga kini,” jelasnya.

Selebriti berusia 24 tahun itu menjelaskan, dia tidak mementingkan soal fizikal atau wajah pasangan yang dicari.

Malah, Soraya sendiri mengakui beberapa bekas kekasihnya sebelum ini tidak memiliki raut wajah yang tampan.

“Soal fizikal atau wajah sama ada tampan atau tidak bukan masalah. Yang paling penting keserasian.

“Kalau saya sudah selesa dengannya, saya tidak kisah tentang faktor lain,” ujarnya yang turut mengidamkan seorang lelaki bersikap budiman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI