fbpx

Rapid Rail mohon maaf gangguan MRT laluan Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna terpaksa bersesak berikutan masalah teknikal yang dihadapi pagi tadi.

PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn. Bhd. memohon maaf di atas kelewatan perkhidmatan MRT Laluan Kajang akibat masalah teknikal yang berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara.

Melalui satu kenyataan hari ini, Rapid Rail berkata, kejadian tersebut berpunca daripada salah sebuah tren yang bernombor 22 telah mengalami masalah teknikal ketika menghampiri stesen berkenaan.

“Pihak operasi telah mengaktifkan pelan servis alternatif dengan menggunakan satu landasan antara stesen Phileo Damansara dengan stesen Semantan.

“Pengguna dari arah Kwasa Sentral perlu turun dan mendapatkan tren perantara di Stesen Phileo Damansara ke Stesen Semantan dan seterusnya meneruskan perjalanan seperti biasa,” jelas kenyataan tersebut.

Keadaan sesak di Stesen MRT Phileo Damansara pagi tadi.

Tambah kenyataan itu, pengguna dari arah Kajang perlu turun dan mendapatkan tren perantara di stesen Semantan ke stesen Phileo Damansara.

Katanya lagi, situasi ini telah menyebabkan pergerakan tren akan menjadi lebih perlahan dan berhenti lebih lama di platform.

“Kerja-kerja mengenal pasti masalah sedang giat dijalankan oleh pasukan teknikal Rapid Rail.

“Fokus pihak operasi adalah untuk memastikan pengguna dapat meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan selamat.

“Pelan servis alternatif akan terus diaktifkan sehingga perkhidmatan kembali normal, “jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI