fbpx

Pusat beli-belah terkemuka guna PATI sebagai pekerja diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan semasa serbuan tersebut hari ini.

PUTRAJAYA – Seramai 13 lelaki warga India yang bekerja secara haram ditahan dalam satu serbuan di sebuah kompleks beli-belah di Solaris dekat sini hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam serbuan pukul 3 petang itu, kesemua warga asing berusia antara 24 hingga 42 tahun yang digajikan majikan warga tempatan tersebut ditahan susulan tamatnya program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) pada 31 Disember lalu.

Katanya, sepasukan pegawai Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen menyerbu lokasi itu pada pukul 3 petang pada Jumaat lalu dengan kekuatan seramai 38 pegawai imigresen.

“Operasi dijalankan di kawasan pusat perniagaan lot premis lima tingkat melibatkan pemeriksaan ke atas 60 orang warga asing, manakala didapati premis tersebut kebanyakan menggaji warga asing sebagai pemandu parkir valet, pengawal keselamatan, tukang cuci dan jurujual.

“Malah semasa serbuan, warga asing ini cuba menukar pakaian seragam untuk berlakon sebagai pengunjung bagi mengelak dari ditahan pihak berkuasa, tetapi usaha terbabit tidak berjaya sekali gus menyaksikan seramai 13 orang lelaki warga India telah ditangkap kerana kesalahan salah guna pas dan tinggal lebih masa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, dalam serbuan itu juga, seorang lelaki warga tempatan turut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI