fbpx

Polis tumpaskan sindiket penipuan pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Mohd. Kamarudin Md Din.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan yang dikenali sebagai Pelaburan Forex GCG Asia membabitkan kerugian berjumlah RM2,941,412.94.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, sindiket itu ditumpaskan dalam operasi di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor pada 1 Januari lalu.

“Hasil operasi, seramai 10 individu warga tempatan berusia dalam lingkungan 29 hingga 64 tahun terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita berjaya ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket berkenaan.

“Turut dirampas ialah beberapa buah kenderaan, sejumlah barangan dan dokumen dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penipuan pelaburan yang dilakukan oleh pihak sindiket berjumlah sebanyak RM126,964,300.91,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket itu mula beroperasi sekitar tahun 2018 dan semua yang ditahan memainkan peranan sebagai broker, agen pencari pelabur, pengurus kewangan dan pemilik akaun.

“Selain itu juga, salah seorang daripada mereka didapati bertindak sebagai dalang utama sindiket ini.

“Sindiket ini menyasarkan majoriti warga tempatan sebagai mangsa dengan mempromosikan pelaburan berasaskan Forex dengan kadar pulangan secara mingguan antara 12 peratus hingga 14 peratus dari jumlah modal yang dilaporkan,” ujarnya.

Katanya, para pelabur kemudian akan dimaklumkan bahawa wang pelaburan mereka akan dilaburkan oleh Syarikat GCG Asia ke dalam pelbagai medium untuk menjana keuntungan yang besar.

“Pelabur akan diberi pautan laman web pelaburan bersama dengan kata laluan. Mereka boleh melihat jumlah keuntungan tetapi jumlah itu tidak boleh dipindahkan atau ditunaikan.

“Sindiket pelaburan ini seterusnya akan memutuskan hubungan komunikasi dengan pelabur setelah mendapat jumlah pelaburan yang besar dan menghentikan operasi skim pelaburan secara tiba-tiba,” tambahnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI