fbpx

Pelapis ‘Long Tiger’ buat onar lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tindakan biadab seorang kanak-kanak Rohingya yang cuba mengugut orang ramai untuk meminta sedekah baru-baru ini.

Oleh Kosmo!

PETALING JAYA – Selepas tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak berbangsa Rohingya meminta sedekah di ibu kota, kini kanak-kanak itu dilihat semakin berani meminta duit RM1 daripada orang ramai dengan cara biadab.

Berdasarkan sebuah rakaman klip video berdurasi 17 saat yang dikongsikan seorang wanita menerusi aplikasi TikTok, @mehhr32 berkata, bukan kali pertama dia didatangi oleh kanak-kanak terbabit, malah sudah dua kali perkara itu berlaku.

Katanya, kali ini kanak-kanak lelaki terbabit datang meminta sedekah bersama seorang budak perempuan.

“Mereka meminta RM1 dengan cara mendesak sehingga membuatkan rakan saya enggan memberikan duit, namun dibalas dengan cara kurang sopan, meninggi suara dan menengking rakan saya,” katanya.

Susulan perkongsian itu, orang ramai berasa berang dan meminta pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan.

“Harap sangat ada tindakan terhadap kanak-kanak ini sebab sudah ramai yang terkena ugutan orang macam ini,” ujar @aida.

“Kanak-kanak macam ini kalau sudah besar nanti, lagilah bawa masalah sebab kehidupan dia dari kecil dudah kena lalui banyak dugaan,” jelas @rinlez.

“Kesempitan hidup sebab dia jadi macam itu. Risau apabila sudah membesar, terus jadi ganas ganti Long Tiger,” kata @Nooraidahhamzah – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI