fbpx

Pelajar tubuh pasukan bersih rumah guru terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pelajar yang terlibat dalam kerja pembersihan rumah mangsa banjir di Bentong.

BENTONG – Tanpa ada kepentingan dan tanpa sebarang dana di bawah mana-mana badan bukan kerajaan tidak menjadi penghalang kepada sekumpulan remaja untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Berbekalkan keikhlasan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khai Mun di sini bertindak proaktif menubuhkan pasukan sukarela bagi membersihkan rumah terjejas khususnya rumah para guru.

Wakil pelajar Danish Syalza Mohd. AIzul, 17, berkata, mereka terdorong untuk menubuhkan pasukan sukarela selepas melihat banyak guru-guru yang terjejas teruk selepas rumah ditenggelami air.

“Kejadian berlaku tiba-tiba melibatkan banyak rumah dan sudah tentu pasukan petugas lain tidak sempat membantu semua dan kami mula gerakkan bantuan.

“Kami berasa ini adalah tanggungjawab kami dalam membantu mangsa banjir khususnya guru-guru yang mengajar kami,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mereka mula melakukan kerja-kerja membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir sejurus selepas air mula surut sehinggalah ke hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI