PETALING JAYA – Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam sebuah longkang besar berhampiran Stesen Komuter Batu Tiga, Shah Alam hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubungan penemuan mayat berkenaan pada pukul 9.39 pagi tadi.
“Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui terapung di dalam sebuah longkang besar terletak di bawah jambatan berketinggian 4.57 meter.
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang tiba di lokasi pada pukul 9.55 pagi untuk membawa naik mayat tersebut sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE