fbpx

Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 4,942

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan dari udara Kampung Chodan, Pogoh, Segamat terputus hubungan darat dan menjadi pulau-pulau kecil.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini menunjukkan trend penurunan apabila seramai 4,942 orang daripada 1,327 keluarga ditempatkan di 70 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 4 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu berkurangan berbanding seramai 5,486 mangsa daripada 1,456 keluarga di 80 PPS, tengah hari tadi.

Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak enam daerah yang masih terjejas banjir iaitu di Segamat, Tangkak, Mersing, Muar, Batu Pahat dan Kluang.

“Segamat menunjukkan penurunan mangsa banjir namun jumlah yang dicatatkan masih kekal tinggi iaitu seramai 3,340 orang daripada 905 keluarga di 42 PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI