fbpx

LZS biayai 32 rumah musnah akibat banjir di Hulu Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan selepas banjir di Hulu Langat baru-baru ini. – FOTO AMIR KHALID

SHAH ALAM – Pembinaan semula 32 rumah di Hulu Langat dekat sini yang hanyut dan hancur akibat banjir sebelum ini akan dibiayai kosnya oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan serta Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, bantuan pembinaan rumah bukan hanya untuk asnaf tetapi mana-mana mangsa yang kehilangan rumah.

Katanya, pejabat tanah dan daerah turut menyumbang sejumlah dana bagi memastikan proses pembinaan rumah berjalan lancar.

“Fasa pertama, peruntukan sewa diberi kepada mangsa rumah yang musnah akibat banjir manakala fasa kedua adalah status tanah akan disemak.

“Bagi fasa ketiga sekiranya tanah ada geran, baharu LZS akan bagi bantuan untuk pembinaan rumah. Buat masa ini bantuan sewa rumah diberikan kepada semua mangsa terlibat,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau yang merupakan Pengarah Operasi Bencana Hulu Langat menjelaskan ketika ini terdapat mangsa tinggal menumpang di rumah saudara mara mereka selain tinggal di kabin disediakan kerajaan negeri atau menyewa dengan bayaran bulanan ditanggung LZS. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI