fbpx

Lebih RM67,000 kos baiki kereta akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar resit kos baiki sebuah kereta yang rosak akibat banjir yang dikongsikan oleh Zaharuddin di Facebooknya.

KUALA LUMPUR – Kejadian banjir buruk yang melanda di beberapa buah negeri baru-baru ini telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian terhadap negara, infrastruktur dan rakyat.

Impak bencana yang berlaku itu, ramai antara mangsa tidak mampu menanggung kos baik pulih kerosakan termasuklah kos membaiki kereta yang rosak akibat banjir.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan sekurang-kurangnya empat atau lima hari tempoh yang diperlukan untuk membaiki sesebuah kereta yang tenggelam akibat banjir selepas mengambil kira jangkaan kerosakan serta pembersihan dan kos baik pulih boleh mencecah RM30,000 bagi setiap kereta.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Pengasas ShariahScreener.com, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman di akaun Facebooknya berkata, kos baiki kenderaan yang rosak akibat banjir adalah melebihi RM67,000.

“Ada yang menghantar kepada saya kos baiki kenderaan akibat banjir sebanyak RM67,860.15 dan tidak diberitahu jenis kenderaan, tetapi inilah kosnya.

“Itupun sudah diberi 15 peratus potongan. Kalau yang ada masukkan banjir sebagai salah satu insiden dalam perlindungan insuran atau takaful, maka takaful yang akan bayar, namun bagi yang tiada masukkan banjir dalam senarai, semua itu kena bayar sendiri,” katanya.

Tambah Zaharuddin, sukar untuk memikirkan bantuan yang sesuai disalurkan kepada setiap mangsa yang terkesan dengan bencana alam ini.

“Dalam kes besar yang berlaku ini untuk mengenal pasti yang layak juga panjang jalannya.

“Ditambah terdapat keperluan asas lain yang juga sangat mendesak dan apapun diharap apa sahaja sumbangan dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir,” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI