fbpx

Lakukan provokasi selepas dikompaun letak motosikal di parkir OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki memaki hamun seorang penguat kuasa MPKS.

KUALA SELANGOR – Berang dikompaun meletakkan motosikal di parkir orang kelainan upaya (OKU) dipercayai menjadi penyebab seorang lelaki lelaki yang tular melakukan provokasi terhadap anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Setiausaha MPKS, Yusli Askandar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi semalam ketika anggota itu menjalankan tugas pemantauan kupon parkir di sekitar Saujana Utama di sini.

“Individu itu secara tiba menghampiri anggota penguat kuasa berkenaan dan mengeluarkan kata-kata kesat serta ancaman. Ia berikutan dia tidak berpuas hati dikenakan kompaun atas kesalahan
meletakkan motosikal di petak parkir OKU,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Saujana Utama untuk tindakan lanjut pagi tadi.

Kosmo! terdahulu melaporkan tindakan seorang lelaki mengugut dan mengganggu tugas seorang penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) kini sedang tular di laman sosial Facebook.

Berdasarkan klip video berdurasi seminit itu menunjukkan lelaki terbabit menghampiri penguat kuasa berkenaan dan beberapa kali menyatakan ingin menumbuk muka anggota yang menjalankan tugas. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI