fbpx

Kasihnya Sultan Ibrahim kepada rakyat Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan berangkat menjenguk keadaan mangsa banjir di PPS di sekitar daerah Segamat, Johor hari ini.

SEGAMAT – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan meneruskan lawatan baginda pada hari kelima untuk menemui mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

Baginda berkenan memandu sendiri kenderaan ke setiap PPS tanpa mengira cuaca dan waktu demi rakyat.

Dalam lawatan hari ini, Sultan Ibrahim berangkat ke Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Anam, Segamat yang menempatkan 229 mangsa daripada 73 keluarga.

Baginda turut melawat PPS SK Tambang, Kampung Spang Loi yang menempatkan 423 mangsa banjir daripada 125 keluarga.

Sebanyak 300 kotak makanan kurniaan daripada Sultan Johor menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) turut disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir di kedua-dua PPS berkenaan.

Sejak Sabtu lalu, Sultan Johor berangkat ke pelbagai PPS di daerah Segamat, Kota Tinggi dan Batu Pahat serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir, selain meninjau persiapan yang dilakukan disetiap PPS.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI