fbpx

Jual tempe selepas hanya dapat RM10 hasil ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hawan dan Mismah menunjukkan tempe yang dihasilkan sejak 35 tahun lalu di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Buntu selepas hanya memperoleh hasil seba­nyak RM10 sebulan ekoran sera­ngan gajah liar di kawasan ladang sawitnya, sepasang suami isteri di Felcra Sungai Ara, di sini nekad menjual tempe sebagai pendapatan sampingan.

Hawan Kasiran, 67, berkata, kini perusahaan tempenya yang dikenali Tempe Wak Sagill telah pun 35 tahun dijalankan.

Katanya, dengan hasil jualan makanan itu, dia dan isterinya, Mismah Yaman, 63, dapat membesarkan tiga orang anak yang kini masing-masing sudah berumah tangga dan bekerja.

“Kira-kira 35 tahun lalu ketika anak-anak masih kecil, saya memerlukan banyak wang untuk besarkan dan sekolahkan mereka. Dengan gaji RM10 kerana ada isu serangan gajah di kebun saya ketika itu saya memang buntu.

“Bila adik cadangkan agar buat dan jual tempe saya terus cuba. Masa awal-awal dahulu saya jual tempe dari rumah ke rumah penduduk menaiki motosikal.

“Dari semasa ke semasa saya mulai jumpa pasaran untuk tempe. Sehingga kini pasarannya ke sekitar kawasan Felda berhampiran,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, keistimewaan tempenya adalah masih menggunakan daun simpoh air sekali gus memberi aroma tempe yang enak.

“Pernah saya disengat pe­nyengat ketika mencari daun ini di Tanjung Sedili. Masa itu saya hanya tawakal, ingat anak isteri dan sangka nyawa tidak panjang.

“Alhamdulillah nyawa masih panjang. Dua kali juga saya dise­ngat lebah. Kini saya menanam pokok simpoh air di kawasan seluas 1.6 hektar supaya lebih mudah,” katanya.
Tambahnya dia dan isteri dibantu dua pekerja untuk membungkus tempe bagi menyiapkan tempahan pelanggan.

“Bersyukur juga kerana mendapat bantuan Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi dan pihak Felcra yang membantu dari peruntukan peralatan juga premis.

“Alhamdulillah, hasil tempe ini saya dan isteri sudah ke Mekah menunaikan haji,” katanya.

Orang ramai yang mahu membeli Tempe Wak Sagill boleh menghubungi talian 07-8824970 atau 013-7634640.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI