fbpx

Jenayah komersial di Negeri Sembilan meningkat tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Mohamad Mat Yusop

SEREMBAN – Kes penipuan membabitkan jenayah komersial di Negeri Sembilan meningkat ketika tahun lalu membabitkan kerugian lebih RM43 juta.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, sebanyak 2,739 kes jenayah
komersial di negeri ini tahun lalu di mana terdapat peningkatan sebanyak 699 kes iaitu bersamaan 34 peratus.

Bagaimanapun menurutnya, terdapat pengurangan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM53.76 juta berbanding RM96, 857,853.20 pada tahun sebelumnya.

“Jumlah kerugian tahun ini adalah sebanyak RM43, 097,703.02. Dua kes menunjukkan peningkatan ketara iaitu kes penipuan menyamar sebagai kenalan bagi meminjam wang iaitu sebanyak 107 kes atau peningkatan sebanyak 713 peratus.

“Satu lagi kes membabitkan belian atas talian meningkat sebanyak 555 kes atau 110 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, kes penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi iaitu sebanyak RM8.49 juta bagi tahun lalu diikuti kes belian atas talian sebanyak RM5.16 Juta serta Macau Scam sebanyak RM4.09 Juta.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI