fbpx

Jalan berlubang : Laluan dari arah Cheras ke Selayang dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan di kawasan tersebut.

PETALING JAYA – Laluan dari arah Cheras menghala ke Selayang telah dibuka untuk semua kenderaan susulan kejadian tanah mendap dan lubang besar yang berlaku di Jalan Kinabalu menghala ke Cheras semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, beberapa laluan masih dibuat penutupan dan lencongan bagi tujuan kerja- kerja pembaikan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Bagi kenderaan dari arah Selayang menghala ke Cheras, laluan dilencongkan ke Bulatan Datuk Onn terus ke Jalan Parlimen dan Jalan Sultan Iskandar untuk menghala ke Cheras.

“Orang ramai juga boleh menggunakan Jalan Raja melalui Bulatan Datuk Onn terus ke Jalan Hishamuddin dan Jalan Kinabalu untuk menghala ke Cheras,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu katanya, bagi laluan di Bulatan Datuk Onn kawalan dan lencongan jalan akan mengikut keadaan semasa lalu lintas.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan Anggota Polis Trafik yang bertugas di lokasi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI