fbpx

GHSB sasar 10,000 jutawan tahun 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamal optimis program SBPNetwork.biz oleh syarikat mampu menarik keahlian 100,000 orang dalam tahun pertama operasi.

PETALING JAYA – Globe Herb Sdn. Bhd. (GHSB) yakin dapat melahirkan 10,000 jutawan sepanjang tahun ini menerusi pengenalan program SBPNetwork.biz.

Pengasasnya, Kamal Mohd. Nor berkata, keyakinan itu berdasarkan konsep berbeza program itu berbanding platform e-dagang lain.

Menurutnya, SBPNetwork.biz merupakan ekosistem bersepadu yang menjadikan pembeli dan peniaga berkongsi keuntungan sehingga 40 peratus ke atas setiap transaksi jualan.

“Kesemuanya dilakukan menggunakan sistem pintar Web-APP yang boleh diakses menerusi telefon pintar atau komputer tanpa perlu dimuat turun terlebih dahulu.

“Teknologi Web-APP serba lengkap menghubungkan ja­ringan luas antara pengusaha, peniaga, usahawan dan pembeli di bawah satu bumbung.

“Selain itu, ia mempunyai keupayaan kecerdasan buatan yang mana sistem boleh menyimpan serta menganalisa data secara sendirian,” kata­nya dalam satu ke­nyataan semalam.

SBPNetwork.biz merupakan perniagaan e-dagang dimiliki sepenuhnya GHSB yang turut memperolehi lesen Akta Jualan Langsung dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna tahun lalu.

Program itu menyediakan peluang rantaian perniagaan dengan modal pembelian produk serendah RM100.

Jelasnya, pihaknya me­nyasarkan keahlian dalam SBPNetwork.biz seramai 100,000 orang pada tahun pertama operasi, dengan unjuran perolehan jualan hingga RM10 juta sebulan.

Untuk menjadi ahli, orang ramai boleh mendaftar di sbpnetwork.biz atau WhatsApp di talian 011-1094 3929.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI