fbpx

Dijel 3 bulan ugut bunuh, bogel depan rumah jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SELAYANG – Padah mengugut untuk membunuh dan berbogel di hadapan rumah jirannya, seorang buruh binaan dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap A. Anbalagan, 38, selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengugut untuk membunuh seorang wanita berumur 38 tahun tahun itu dengan niat untuk mendatangkan cedera, di hadapan sebuah rumah (rumah mangsa) di Batu Arang, Gombak di sini pukul 8.40 malam pada 2 November 2021.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan lucah dengan berbogel di tempat sama pukul 7 pagi pada 3 November 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara tiga bulan bagi kesalahan mengugut manakala penjara dua bulan bagi pertuduhan berbogel.

Hukuman bagi kedua-dua pertuduhan itu berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 3 November tahun lalu (2021).

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian iaitu pada 2 November tahun lalu, tertuduh yang merupakan jiran hadapan rumah mangsa telah menengking dan mengajak wanita itu tidur bersamanya.

Tertuduh juga turut mengugut mangsa jika wanita itu tidak menurut kehendaknya, dia akan membunuh mangsa sebelum membaling pisau dan sebatang kayu ke arahnya.

Mangsa membuat kemudian laporan polis selepas tertuduh datang semula ke rumahnya dalam keadaan bogel pada keesokan harinya dan mengajaknya tidur bersama.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI