fbpx

Difitnah ke kelab gay di Korea, Hael Husaini serah pada pihak pengurusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAEL HUSAINI

PETALING JAYA – “Saya sudah serahkan kepada pihak pengurusan, mereka lebih pakar untuk menguruskannya.”

Itu jawapan penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini yang masih enggan mengulas lanjut mengenai fitnah dia dilihat berhibur di sebuah kelab gay di Korea seperti didakwa seorang pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

Menurut Hael, 34, tuduhan tersebut mungkin timbul kerana ramai pihak tidak mengetahui tujuan sebenar dia dan beberapa lagi selebriti tanah air seperti Andi Bernadee dan Sharifah Rise berangkat ke Korea sekitar awal November lalu.

“Allahuakbar, mungkin benda itu terjadi kerana ramai tak tahu kenapa saya berada di sana. Untuk pengetahuan semua, saya bersama beberapa artis lain terlibat dalam program Master In The House Malaysia dan tak dibenarkan untuk mendedahkan mengenai pembabitan kami kepada umum.

“Kami diminta untuk menyimpan rahsian ini tetapi kini semuanya sudah terjawab,” katanya yang tidak mengulas panjang mengenai fitnah tersebut.

Hael berkata demikian semasa ditemui pada sidang akhbar program berkenaan yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts, Damansara semalam.

Walaupun dihambat kontroversi tersebut ketika dalam tempoh penggambaran, pelantun Bujang itu enggan menjadikan tuduhan berkenaan sebagai punca untuknya tidak fokus sehingga menjejaskan reputasi sebagai anak seni.

“Tak apalah, saya pun tak mahu diri dihantui dengan fitnah tersebut sepanjang berada di sana. Saya tak nak hilang fokus untuk menjayakan program tersebut di Korea,” katanya lagi.

Walaupun enggan mengulas lanjut, pemilik nama penuh Hal Husaini Razmi itu mengakui mengenai tindakan pihak pengurusannya yang akan memfailkan saman terhadap individu yang menyebarkan fitnah tersebut.

“Saya tak tahu dan tak nak ambil tahu. Benda yang berlaku tempoh hari sudah saya serahkan kepada pengurusan saya dan rasanya, mereka lebih pakar mengendalikan isu sebegini.

“Macam saya katakan tadi, sepanjang berada di sana, saya memang fokus dengan penggambaran yang berlangsung dari waktu pagi hingga ke pagi dan tentunya lebih memerlukan fokus serta tenaga untuk menjayakan program,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pada November tahun lalu, seorang pelajar Malaysia di Korea memuat naik sebuah ciapan yang mendakwa Hael dilihat berhibur di sebuah kelab hiburan gay di Itaewon.

Menafikan dakwaan tersebut, pihak pengurusan penyanyi berkenaan tampil membersihkan nama bekas peserta Akademi Fantasia itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI