fbpx

Cuaca panas bukan punca ulser mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang doktor memaklumkan bahawa punca ulser yang dialami seseorang di bahagian mulut sebenarnya bukan disebabkan haba dalam badan akibat cuaca panas.

Berdasarkan rakaman klip video berdurasi 57 saat yang dikongsikan doktor itu menerusi media sosial, Dr. Pakar Bedah dan Bariatrik @drgafoor berkata, rata-rata orang ramai berpandangan begitu.

Katanya, disebabkan itu, mereka akan meminum air sebanyak mungkin atau berkumur dengan menggunakan air garam, namun cara itu sebenarnya adalah salah.

“Cara merawat ulser pada mulut adalah mengambil ubat sapu (krim) atau antibiotik.

“Selain itu, ulser di perut pula terjadi akibat stress, merokok atau jangkitan kuman sejenis H-Pylori yang dikesan melalui skop,” katanya.

Susulan perkongsian itu, orang ramai berkongsi pengalaman berhadapan dengan ulser dan berterima kasih kepada Dr. Gafoor kerana membuat perkongsian mengenai perkara tersebut.

“Saya pernah kena ulser di tekak. Memang seksa nak telan makanan, pedih sungguh di bahagian dalam mulut. Kemudian saya pergi ke klinik dan doktor di sana telah memberi ubat antibiotik. Alhamdulillah sudah elok,” ujar @zack_kapan.

“Terima kasih untuk info dan tips doktor. Selepas ini, jika saya terkena ulser, saya akan ikut tips doktor,” jelas @nuranisah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI