PROGRAM terbaharu Netflix, Single’s Inferno menjadi trending disebabkan konsep realiti cinta yang penuh dengan visual dan dramatik persis K-drama.
Bagaimanapun, salah seorang pesertanya, Choi Si-hun tiba-tiba menjadi bualan panas selepas tersebarnya khabar angin mengatakan dia pernah bekerja di ‘host bar’.
‘Host bar’ di Korea Selatan adalah perkhidmatan yang menyediakan sebuah bilik dengan menawarkan pelanggan wanita untuk memilih dan membayar bagi mendapatkan peneman lelaki.
Sedar gosip mengaitkan dirinya, Si-hun menerusi Weibo tampil menepis dakwaan tersebut dengan menjelaskan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk sebegitu.
“Ada khabar angin tak enak tentang saya sehingga buatkan saya rasa sedih. Pertama sekali, jujur saya katakan yang saya tak pernah jadi hos di ‘host bar’.
“Saya tak pernah melakukan perkara keji dan bekerja keras untuk hidup. Saya pertaruhkan hidup atas karier ini. Maafkan saya tapi saya memang bukan hos,” jelasnya.