fbpx

Budak Rohingya tular kena kutip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar operasi yang dilakukan pihak berkuasa menangkap beberapa kanak-kanak warga asing.

PETALING JAYA – Pelapis Long Tiger iaitu kanak-kanak berbangsa Rohingya yang tular dengan video memarahi orang ramai dilaporkan telah ‘dikutip’ penguat kuasa hari ini.

Satu perkongsian dari akaun TikTok @fifi_story07 menunjukkan beberapa keping gambar yang menyaksikan kanak-kanak terbabit telah ditahan pihak berkuasa.

Jelas pemilik akaun tersebut, kanak-kanak terlibat telah diangkut penguat kuasa dan berharap dihantar ke negara asal mereka segera.

“Kan dah kena kutip, harap mereka semua ni dihantar ke negara asal masing-masing. Duduk dekat sini pun macam apa je,” jelasnya.

Rata-rata orang ramai meninggalkan komen dan menyatakan kelegaan terhadap tindakan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Ramai lagi rasanya ada budak-budak macam ni. Bukan kita tak ada perikemanusiaan tapi mereka ni dah melampau sangat.

“Beri betis nak paha, beri paha nak pinggang, sampai bila tak sudah dia orang ni,” jelas Azamli85.

“Betul, hantar balik je ke Myanmar biar tahu langit tu tinggi rendah. Duduk sini pun menyusahkan. Kotor Kuala Lumpur ni dengan mereka.

“Biar mereka tahu duduk di Malaysia ni aman tenteram, duduk dekat sana peluru atas kepala. Tak reti bersyukur budak-budak ni,” jelas Armthejohn. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI