fbpx

Bomba pantas elak kebakaran besar kilang pemetik api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah kilang pemetik api di Seksyen 22, Shah Alam petang tadi.

SHAH ALAM – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan sebuah kilang pemetik api di Seksyen 22 di sini, daripada musnah terbakar sepenuhnya hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang tadi mengakibatkan 70 peratus kebakaran sekali gus tidak merebak ke premis berdekatan lain.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 3.15 petang.

Katanya, operasi pemadaman itu disertai sepasukan 26 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati api sedang marak di kilang tiga tingkat berkelas A berkenaan.

“Anggota bomba ketika ini masih giat memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI