PETALING JAYA – Syarikat pengeluar serbuk kari segera, Bestari Sales and Marketing Sdn. Bhd. (Bestari) menjalinkan kerjasama dengan selebriti serba boleh, Sheila Rusly sebagai satu gandingan ideal untuk berkongsi kreativiti serta resipi bagi mereka yang sibuk.
Pengarah Pemasaran Bestari, Gabriel Lai berkata, Sheila dipilih untuk bekerjasama dengan Bestari sepanjang 2022 berdasarkan kepada kesungguhan dan minat memasak dimilikinya, selain tidak lokek berkongsi resipi dengan lebih tiga juga pengikutnya di laman sosial.
Katanya, produk keluaran Bestari seiring dengan keperluan pengguna terutamanya wanita berkerjaya yang sibuk dan tiada masa, namun pada masa sama, ingin menyajikan hidangan istimewa buat keluarga.
“Produk pra-campuran serbuk kari ayam atau daging segera Bestari atau kari makanan laut Bestari amat mudah disediakan.
“Ia hanya perlu ditambah bawang besar, bawang putih dan santan. Jika perlu boleh letak daun kari dan serbuk cili untuk rasa lebih pedas.
“Setiap produk kami mempunyai logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan tempoh jangka hayat produk ialah selama 18 bulan dari tarikh dikeluarkan dari kilang,” katanya pada majlis pelancaran produk dan pelantikan Sheila di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Gabriel, buat masa ini, pihaknya hanya menawarkan dua jenis produk iaitu pra-campuran serbuk kari ayam atau daging dan pracampuran serbuk kari makanan laut yang dipek dalam bungkusan 75 gram.
Tambahnya, pek disediakan juga sesuai untuk dibawa melancong sama ada di dalam atau luar negara. – K! ONLINE