fbpx

Banjir : 5,399 mangsa di 7 daerah seluruh Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa memeriksa paras air sungai di Johor. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini masih belum menunjukkan sebarang tanda pengurangan apabila jumlah mangsa banjir yang direkodkan masih seramai 5,399 mangsa setakat pukul 8 pagi, sedikit peningkatan berbanding tengah malam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak 1,340 keluarga.

Menurut beliau, kesemua mangsa banjir tersebut ditempatkan di sejumlah 81 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh negeri ini.

“Setakat pagi ini, seramai 5,399 mangsa banjir masih ditempatkan di 81 PPS yang dibuka melibatkan tujuh buah daerah di seluruh Johor.

“Daerah yang terjejas akibat banjir di negeri ini ketika ini adalah Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Muar dan Batu Pahat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Vidyananthan, Segamat kekal daerah paling teruk terjejas akibat banjir dengan seramai 3,804 mangsa direkodkan, sedikit pengurangan berbanding semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI