fbpx

700 rumah setinggan terdedah banjir di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadilah menunjukkan kawasan bawah rumahnya yang terjejas akibat banjir di Gua Musang baru-baru ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Dianggarkan 700 keluarga yang tinggal di kawasan setinggan di sekitar bandar ini terdedah dengan ancaman bencana banjir setiap tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, kejadian banjir secara berulang itu bukan sahaja menyebabkan penduduk cemas malah mereka turut mengalami kerugian harta benda.

Katanya, sebahagian besar penduduk itu tinggal di penempatan setinggan rizab sungai dan jalan sejak berpuluh tahun lalu.

“Dalam DUN Galas semasa banjir baru-baru ini, seramai 300 keluarga yang dilanda bencana banjir kebanyakan terdiri daripsa penduduk setinggan dan telah diberikan bantuan makanan.

“Kita kenal pasti banyak rumah yang terletak di tebing sungai berlaku kerosakan termasukl harta benda, tanaman dan binatang ternakan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut Mohd. Syahbuddin, bagi menyelesaikan perkara itu, sebanyak 1,000 unit tambahan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) perlu dibina lagi di daerah ini.

Sementara itu, seorang penduduk setinggan di Kampung Simpang Empat Kundur di sini Fadilah Ishak, 36, berkata, rumahnya yang terletak di pinggir Sungai Galas sering dinaiki air setiap kali musim tengkujuh. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI