fbpx

5,550 pengusaha pertanian, penternakan rugi RM67.72 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh (tiga dari kanan) melawat ladang cili dan timun yang musnah akibat banjir di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

HULU LANGAT – Hampir 5,550 Wira Agro terdiri daripada pengusaha pertanian dan penternakan di seluruh dikenal pasti terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, anggaran kerugian dialami para Wira Agro terbabit sebanyak RM67.72 juta.

“Berdasarkan laporan yang diterima sehingga kini hampir 5,550 Wira Agro daripada semua subsektor agromakanan telah terkesan akibat bencana banjir.

“Selangor sahaja mencatatkan kerugian dianggarkan RM11.88 juta melibatkan seramai 851 Wira Agro,” katanya kepada pemberita selepas melawat ladang cili dan timun berkeluasan kira-kira 1.6 hektar yang musnah akibat bencana banjir di sini hari ini.

Nik Muhammad Zawawi berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui pelbagai jabatan dan agensinya namun masih melaksanakan penilaian bagi mengenal pasti kerugian sebenar.

Menurut beliau, MAFI berharap Dana Bangkit Semula Keluarga Agro berjumlah RM100 juta, Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) berjumlah RM80 juta serta Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) berjumlah RM12 juta dapat membantu Wira Agro yang terkesan.

Jelas beliau, bantuan itu juga bertujuan memastikan sekuriti makanan Malaysia terus terjamin dan kelangsungan perusahaan para Wira Agro terbela. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI