fbpx

24 jam terkandas bawah suhu paras beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan deretan kenderaan yang merangkak di Lebuh Raya Virginia 1 selepas dilencongkan dari I-95 semalam. - AFP

WASHINGTON –  Ribut salji sudah berakhir tetapi penderitaan pengguna jalan raya berterusan dengan ramai pemandu di lebuh  raya utama di luar Washington melaporkan kelmarin bahawa mereka terperangkap di dalam kereta masing-masing dalam cuaca sejuk beku selama 24 jam atau lebih lama.

Ketika ramai keluarga dalam perjalanan  pulang selepas  cuti Tahun Baru, Lebuh Raya I-95 di Virginia berada dalam keadaan berais dan licin dengan banyak kenderaan hampir kehabisan minyak, manakala bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba.

Rakaman dari udara menunjukkan deretan kereta dan lori bampar ke bampar yang seharian terkandas di lebuh raya tersebut. I-95 terkenal dengan kesesakan lalu lintas walaupun ketika cuaca baik.

Salah seorang pengguna jalan raya yang kecewa adalah senator dari Virginia, Tim Kaine. Beliau terkandas semasa memandu pulang dari negerinya menuju ke Washington. Lebuh raya rentas negeri itu dilitupi salji dengan sejumlah kenderaan terbabas sebelum laluan itu ditutup selepas ribut salji  pada Isnin lalu.

“Saya mulakan pemanduan biasa selama dua jam menuju ke Washington pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) kelmarin (Isnin lepas). 19 jam kemudian, saya masih belum sampai ke Bangunan Capitol,” kata Kaine menerusi Twitter pagi kelmarin. 

“Terkini: Saya berada di jalan raya selama 27 jam,” katanya  sebelum menyatakan di laman Twitter bahawa beliau akhirnya sampa ke destinasi yang dituju.

Seorang wartawan berpangkalan di Florida, Jim DeFede pula menyatakan di Twitter bahawa dia terkandas lebih 20 jam.

“Saya tidak pasti tetapi saya rasa ini melayakkan saya menjadi warga Virginia,” katanya secara berseloroh.

Menurutnya, Lebuh Raya I-95 ketika itu ibarat  tempat letak kereta berais, manakala suhu di luar pula mencecah -7 darjah Celsius. Kata DeFede, dia tidak melihat kelibat peronda lebuh raya atau trak tunda selama lebih 12 jam.

“Saya menghidupkan enjin dan sistem pemanas selama sejam untuk memanaskan badan dan mematikannya semula. Saya melakukan perkara ini berulang kali hingga minyak kereta saya hampir habis,” kata lelaki itu.

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Virginia melaporkan  bahawa tiada mangsa masih terperangkap di I-95 setakat pukul 6 petang (waktu tempatan)  kelmarin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI