fbpx

Wanita maut ketika melintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut ekoran dirempuh sebuah van ketika melintas jalan di hadapan RTM lama, Jalan Tuaran awal pagi semalam. -FOTO: IHSAN POLIS

KOTA KINABALU – Seorang wanita maut ekoran dirempuh sebuah van ketika melintas jalan di hadapan RTM lama, Jalan Tuaran awal pagi semalam.

Mangsa, Aisah Hasim, 55, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian berikutan kecederaan pada kepala dalam kejadian pukul 5.52 pagi itu.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Jo Ak Hang berkata, siasatan awal mendapati, van terbabit dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dan dalam perjalanan dari arah Sembulan menghala ke Tamparuli.

“Bagaimanapun, kenderaan yang dipandu lelaki berkenan telah melanggar mangsa ketika hendak memotong sebuah kenderaan dihadapannya.

“Pemandu berkenaan tidak perasan ada seorang pejalan kaki berdiri di tengah jalan atau sedang melintas kerana keadaan jalan gelap serta lampu jalan tidak berfungsi sehingga menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, akibat kejadian itu mangsa disahkan meninggal dunia pukul 6.29 pagi oleh Hospital Queen Elizabeth (HQE) kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mengulas lanjut, Jo menyatakan, hasil siasatan mendapati, punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian mangsa sendiri yang cuai ketika melintas dan tidak menggunakan jejantas pejalan kaki yang disediakan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI