fbpx

Real masih dalam mod percutian – Ancelotti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN sayap Real, Rodrygo (kiri) terjatuh selepas diasak pemain Getafe dalam aksi La Liga malam kelmarin. - AFP

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti mendakwa, barisan pemainnya masih lagi berada dalam suasana percutian menyebabkan mereka kalah mengejut 0-1 kepada Getafe pada aksi La Liga di Coliseum Alfonso Perez malam kelmarin.

Kekalahan itu menamatkan rekod cemerlang Los Blancos yang sebelum ini kebal 15 perlawanan berturut-turut tanpa kalah dalam semua kejohanan sejak tewas 1-2 kepada Espanyol pada 3 Oktober lalu.

“Keputusan ini jelas menggambarkan para pemain tidak fokus dan masih lagi bercuti.

“Apa tidaknya, kami dikejutkan dengan gol pertama pasukan lawan seawal minit ke­sembilan permainan. Kami nampak gementar dan kehilangan banyak bola.

“Kami tidak berhak kalah tetapi inilah hakikat yang perlu diterima oleh semua pemain. Ia harus menjadi titik kebangkitan buat kami selepas ini,” kata Ancelotti.

Real terpaksa akur gagal me­ngutip sebarang mata selepas tewas 0-1 kepada Getafe hasil jaringan tunggal Enes Unal pada minit kesembilan permainan.

Walaupun tewas tetapi kedudukan Real sebagai pendahulu La Liga masih tidak tercabar apabila memiliki kelebihan lapan mata ke atas pasukan di tempat kedua, Sevilla.

Bagaimanapun, Sevilla berpeluang merapatkan jurang tersebut kerana mereka kurang dua perlawanan berbanding Real yang sudah bermain 20 aksi musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI