fbpx

Polis marin rampas pod vape RM475,000 dalam stor kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menunjukkan pod vape yang dirampas dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Tebing, Tumpat semalam. FOTO: IHSAN PPM

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas pod vape bernilai RM475,000 dipercayai akan diseludup ke negara jiran yang disimpan di sebuah stor kosong di Kampung Tebing di sini semalam.

Rampasan pukul 8 malam itu dijalankan hasil rondaan rutin yang dilakukan oleh sepasukan anggota PPM menerusi Ops Benteng Covid-19 selepas menerima maklumat mengenai kegiatan tersebut.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga, Asisten Superintendan Mohd. Rudzuan Ahmad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota bersama seorang pegawai telah menjalankan serbuan di stor tersebut.

Menurutnya, siasatan mendapati pintu premis berkenaan tidak berkunci.

“Hasil pemeriksaan, kita menjumpai kotak-kotak mengandungi pod vape yang dipercayai akan diseludup ke Thailand.

“Setelah menunggu hampir 30 minit, tiada individu yang tampil mengaku sebagai pemilik barangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Rudzuan, pihaknya telah membawa barangan rampasan itu ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI