fbpx

Nelayan dituduh seludup dua beradik warga Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahmud (tiga dari kiri) dituduh menyeludup dua PATI warga Myanmar di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini. FOTO: NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup dua beradik yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di Kuala Perlis dekat sini pada 24 Disember lalu.

Pertuduhan terhadap Mahmud Sulaiman, 51, dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mahmud didakwa menjadi operator sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran untuk menyeludup remaja lelaki warga Myanmar, Wei Yan, 15, dan wanita warga sama, Pan Par, 20, di perairan Sungai Kuala Perlis kira-kira pukul 9.20 malam, 24 Disember lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI