fbpx

Nasib malang Everton berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALVERT-LEWIN (kiri) gagal menyempurnakan sepakan penalti yang menjadi punca kekalahan Everton kepada Brighton di Goodison Park malam kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Everton, Rafa Benitez bengang de­ngan kerapuhan benteng pertahanan pasukan itu selepas tewas 2-3 kepada Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park malam kelmarin.

Dua jaringan Alexis Mac Allister dan satu gol daripada Daniel Burn untuk membawa pulang tiga mata, manakala Everton terpaksa ‘berputih mata’ walaupun berjaya meraih dua gol melalui Anthony Gordon.

Aksi kurang memberangsangkan itu bukan sahaja tidak disenangi Benitez, malah para penyokong The Toffees turut meluahkan kekecewaan mereka apabila mencemuh barisan pemain Everton sepanjang perlawanan tersebut.

“Cara kami melepaskan gol kepada pasukan lawan memang tidak boleh diterima. Kemudian, Dominic (Calvert-Lewin) gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti dan ia menjadi lebih sukar buat pasukan.

“Memang kami tunjukkan respons untuk bangkit tetapi ia sangat sukar, terutamanya selepas kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh pemain. Saya tidak mahu beri sebarang alasan dan menerima kekalahan ini,” kata Benitez.

Lebih malang, ia adalah kekalahan kelapan yang dicetak Everton daripada 11 perlawanan terakhir sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Benitez itu jatuh ke tangga ke-15 EPL.

Justeru, bekas pengendali Liverpool itu berharap barisan pemainnya bekerja lebih keras dalam perlawanan akan datang selain memberikan fokus sepenuhnya bagi memastikan situasi itu tidak berulang.

“Saya fikir gol-gol yang kami lepaskan adalah disebabkan oleh kurangnya fokus selain tidak mampu untuk hadapi tekanan. Kami perlu mula tingkatkan kua­liti, terutamanya di bahagian pertahanan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI