fbpx

Misi bomba Kelantan, NGO balas bantuan kepada mangsa banjir di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal menampal pelekat pada kenderaan yang menyertai konvoi Skuad Kebajikan Bomba Kelantan bersama NGO di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan di Tunjong, Kota Bharu hari ini. FOTO: ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan melalui Skuad Kebajikan Bomba bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalankan misi membantu mangsa banjir termasuk seramai 120 anggota bomba yang terjejas di Selangor.

Program ‘Kita Saye Demo’ itu disertai 45 peserta termasuk 10 anggota bomba dan NGO seperti Team Amal Rakyat Bantu Rakyat, Gabungan NGO Hadapan Kelantan, Thirdforce Kota Bharu, Pertubuhan Persaudaraan Ummah Darussalam Malaysia Cawangan Kelantan atau lebih dikenali sebagai Geng Tolong Orang (GTO).

Pangarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, misi membantu masyarakat dan anggota bomba di Selangor akan bermula esok.

“Ini merupakan program julung kali diadakan dan ia ditubuhkan pada bulan lepas bersama NGO. Program ini dijalankan sebagai usaha untuk membalas budi bomba Selangor yang membantu Kelantan yang dilanda banjir besar tujuh tahun lalu.

“Selain keperluan logistik untuk kerja-kerja pembersihan, kita juga membawa pelbagai barangan terutamanya makanan untuk meringankan beban mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelepasan peserta bagi misi itu di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan, Tunjong di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, menurut Zainal, JBPM Kelantan sentiasa bersiap sedia untuk melakukan tugasan semasa gelombang kedua banjir di negeri kni.

Tambahnya, keadaan cuaca di Kelantan sudah semakin baik malah jumlah mangsa banjir yang berada pusat pemindahan sementara juga semakin berkurang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI