fbpx

Misi bantuan banjir, Suria FM ringankan beban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJ LIN berharap inisiatif Suria FM akan disokong badan-badan korporat untuk sama-sama menyumbang meringankan beban mangsa banjir.

SEBAGAI tanda prihatin terhadap mangsa banjir, stesen radio popular, Suria FM mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Misi Bantuan Banjir Suria baru-baru ini.

Misi tersebut melibatkan lebih 20 orang kakitangan termasuk semua barisan penyampai radio tersebut iaitu Ajak, Fizi Ali, Suraya, Cik Piah, Tyzo, Sharifah Shahirah dan DJ Lin.

Siri pertama untuk misi bantuan telah diadakan pada 23 Disember lalu melibatkan dua daerah di Pahang iaitu Kampung Bukit Piatu dan Taman Harmoni di Bentong serta Kampung Bukit Dinding yang terletak di Jerantut.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, menerusi misi pertama tersebut, mereka berjaya mengagihkan beg bantuan Suria kepada lebih 100 buah rumah di sekitar Bentong dan Pusat Pemindahan sementara (PPS) di Dewan Bukit Dinding, Jerantut, Pahang.

“Kami sangat terharu kerana kebanyakan penduduk di lokasi yang terlibat merupakan pendengar setia Suria FM.

“Mereka kelihatan sangat teruja apabila menerima kunjungan penyampai Suria FM. Ramai yang turut bergambar dan tak kurang juga yang mengalirkan air mata sebak melihat kedatangan kami ke rumah mereka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Tambah DJ Lin, misi pertama segala pasukan Suria FM tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan awal hingga ke akhir program.

“Alhamdulillah misi pertama kami ini dipermudahkan Allah. Dia tahu niat utama kami mahu membantu meringankan sedikit beban mangsa banjir yang terjejas.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang, misi ini akan kami teruskan ke lokasi yang lain pula termasuk di Lembah Klang yang teruk terkesan.

“Justeru, kami amat mengalu-alukan penyertaan daripada syarikat korporat atau rakan-rakan penaja untuk turut sama berkolaborasi dengan Suria FM dalam menjayakan misi seumpama ini,” katanya.

Ujar DJ Lin, dengan penyertaan dan kolaboratif yang terjalin kelak, skala bantuan sedia ada dapat diperbesarkan, sekali gus membantu lebih ramai mangsa banjir terlibat.

Sementara itu, penyampai Suria Petang, Tyzo selaku salah seorang penyampai yang turut sama-sama turun padang menjayakan misi tersebut menyifatkan misi bantuan yang dijayakan masih belum selesai.

“Kalau kita lihat keadaan kawasan dan penempatan yang ditelenggami banjir, bukan boleh kita selesaikan dalam sehari dua.

“Justeru, lebih banyak tenaga sukarelawan perlu digemblengkan dan digerakkan bagi membantu lebih ramai mangsa.

“Macam kami sendiri dari Suria, kami sekadar tolong mana yang termampu dan misi ini akan tidak akan pernah tamat dan akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI