PETALING JAYA – Trafik di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang dilaporkan sesak ekoran pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya ketika waktu puncak.
Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dilaporkan sesak di beberapa laluan terutamanya sebelum Plaza Tol Jalan Duta.
Menurut laporan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebooknya, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dilaporkan sesak di beberapa laluan terutamanya sebelum Plaza Tol Jalan Duta.
“Keadaan juga dilaporkan sesak di laluan Bukit Lanjan ke Damansara serta Subang ke Shah Alam dan ke Dataran Prima.
“Selain itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), trafik perlahan di susur keluar Bandar Saujana Putra ke Bulatan Saujana Putra serta Seafield ke Shah Alam melibatkan kedua-dua arah laluan,” katanya.
Keadaan sesak itu disebabkan peningkatan jumlah kenderaan ketika waktu puncak dan pulang dari kerja.
Sementara itu, cuaca yang hujan di sekitar Lembah Klang turut menyebabkan aliran trafik perlahan di laluan-laluan utama.
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu. – K! ONLINE