fbpx

Kurang 0.08 peratus masalah berkaitan e-Bracelet Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semalam, pelakon yang dikenali sebagai Azad Jasmin melahirkan kekesalan apabila e-Braceletnya tercabut.

PUTRAJAYA – QuickMed memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bantuan penyelesaian segera akan dilaksanakan sekiranya e-Bracelet RFID (e-Bracelet) Covid-19 yang dipakai mengalami masalah.

QuickMed yang merupakan penyelesaian penjagaan kesihatan digital Edgenta NXT Sdn. Bhd., serta anak syarikat UEM Edgenta Berhad memaklumkan, sejak Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) itu digunakan bermula 8 Disember 2021, hanya 25 insiden memerlukan bantuan lanjut iaitu kurang 0.08 peratus malah pembetulan semula juga telah dilakukan.

Katanya, pasukan operasi mereka bersedia untuk membantu sekiranya isu itu berulang lagi seperti mana susulan kejadian baru-baru ini di mana seorang individu telah mengalami e-Bracelet Covid-19 yang tertanggal dalam tempoh 24 jam pemasangannya.

“Insiden ini amat kami kesali dan untuk menyelesaikan isu tersebut dengan segera, kami telah menghantar dua juruteknik ke alamat kuarantin individu terlibat.

“Sukacita kami maklumkan bahawa e-Bracelet yang terjejas itu kini beroperasi semula seperti biasa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, pemakai akan dipantau melalui HQMS untuk membantu usaha pemulihan negara dalam membendung penularan varian Covid-19 baharu.

“Sistem HQMS dilengkapi dengan teknologi Sistem Pengesanan Global (GPS) untuk pemantauan secara real-time ke atas individu yang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian kuarantin di rumah seperti yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sistem tersebut terdiri daripada Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) e-Bracelet dan Covert Tracking Unit yang akan mencetuskan amaran serta memaklumkan pihak berkuasa tentang sebarang pelanggaran perintah kuarantin,” katanya.

Tambahnya, pengguna yang dilengkapi dengan e-Bracelet boleh menghubungi 03 3000 8856 atau e-mel [email protected] sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI