fbpx

Kes Covid-19 mangsa banjir bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir terus meningkat kepada 465 orang susulan pertambahan empat lagi kes baharu yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) pula kekal 15 kes di samping kluster Covid-19 di PPS juga kekal satu kluster.

“Selain itu, sebanyak 135 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir.

“Ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (102 kes), penyakit kulit (28 kes) dan acute gastroenteritis (lima kes) dengan jumlah keseluruhan kes penyakit berjangkit dalam kalangan mangsa banjir sebanyak 2,212 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 198 PPS masih beroperasi di Johor (83), Pahang (48), Sabah (23), Melaka (22), Negeri Sembilan (18), Terengganu (2) dan Selangor (2) serta seramai 14,093 mangsa terjejas banjir. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI