fbpx

Jemaah bebas memilih kuarantin diuruskan swasta atau kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jemaah umrah yang baharu pulang ke tanah air kini mempunyai pilihan sama ada mahu kuarantin di stesen yang diuruskan pihak swasta atau yang disediakan pihak kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, pilihan tersebut diberikan susulan kebimbangan jemaah berkaitan kos tambahan yang dikenakan selain keselesaan apabila mereka dikuarantin nanti.

Beliau berkata, bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, orang dalam pengawasan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“PUS ini akan ditempatkan di hotel atau pusat latihan awam bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan.

“Bagi pilihan ini, kos urusan kuarantin ditanggung oleh pihak kerajaan termasuk makan, minum serta pengangkutan dari lapangan terbang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abd Latif, tempoh kuarantin adalah seperti yang ditetapkan KKM.

Tambah beliau, senarai pusat kuarantin untuk jemaah di stesen kuarantin institut latihan awam (QS ILA) melibatkan:-

1.Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai.
2.Institut Aminuddin Baki (IAB), Nilai
3. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.
4. Institut Semarak Felda (ISEF), Bangi
5. Institut Latihan Kehakiman Perundangan (ILKAP), Bangi
6. Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur.

Manakala, bagi stesen kuarantin hotel pula melibatkan 19 hotel di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor. Senarai hotel seperti berikut:-

Negeri Sembilan
1. Klana Resort, Seremban

Kuala Lumpur
1. Hotel Royal
2. Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang
3. Hotel IBIS, KLCC
4. Hotel Furama, Bukit Bintang
5. Hotel Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade
6. IBIS Style KL Fraser Business Park
7. Hotel AnCasa
8. Hotel Cosmo
9. Hotel KIP
10. Hotel Arena Star

Selangor
1. Hotel Sama-sama
2. Hotel Gorsett Grand, Subang
3. Hotel Crystall Crown, PJ
4. Hotel Sunway Clio
5. Hotel Hilton Garden Inn, Puchong
6. Hotel Oriental Crystal
7. Hotel Summit, USJ
8. Hotel Pegasus, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI