fbpx

JBPM sedia hadapi sebarang kemungkinan banjir di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal (tiga dari kiri) mendengar taklimat semasa membuat membuat tinjauan operasi banjir di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta membawa bantuan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Segamat, Johor.

PUTRAJAYA – Seramai 1,889 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini berada dalam keadaan kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang berlaku di Johor.

Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kesemua anggota berkenaan membabitkan 33 balai bomba dan penyelamat di sekitar Johor.

“Bilangan terbabit melibatkan seramai 1,151 pegawai bomba dan 600 pasukan bomba sukarela yang akan bertugas setiap masa.

“Dari segi logistik, 84 buah bot disediakan bagi memastikan urusan perpindahan dan bantuan berjalan dengan lancar,” katanya ketika sama-sama menyertai Unit Pasukan Udara JBPM membuat tinjauan operasi banjir di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta membawa bantuan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Segamat, Johor.

Reezal turut merafak setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor yang berkenan mencemar duli, berangkat turun melihat sendiri keadaan rakyat yang terjejas akibat banjir ini sejak dari awal bencana itu melanda.

“Keberangkatan Baginda berdua mencerminkan keprihatinan Raja Pemerintah terhadap kebajikan rakyat,” ujarnya.

Katanya lagi, kementerian turut menyerahkan 700 unit Bakul Bencana KPKT sumbangan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berupa barangan makanan kering seperti beras, air mineral, tepung, gula dan sebagainya kepada semua keluarga mangsa yang terkesan di PPS yang dilawati.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI