fbpx

Felda Keratong 5 sekali lagi dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Felda Keratong 5 dikenakan PKPD bermula 6 Januari.

PUTRAJAYA – Felda Keratong 5 dalam Daerah Rompin, Pahang sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) buat kali kedua bermula pada 6 Januari ini.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad, sekatan bersasar itu susulan penilaian risiko trend jangkitan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Jangkitan pandemik di kawasan tersebut telah membentuk Kluster Keratong 5 Saudi yang diumumkan oleh Jabatan Kesihatan Pahang semalam dan dipercayai daripada jemaah umrah.

Difahamkan terdapat lapan kes direkodkan di lokaliti ini yang turut mencatatkan penularan wabak sama di Felda Keratong 2, 3, 4 dan 6 selain kawasan jirannya, Felda Selancar 1 dan 5.

Skim tanah rancangan persekutuan yang terletak di Bandar Tun Abdul Razak itu pernah dilaksanakan PKPD buat julung kali selama tempoh 14 hari dari 12 September pada tahun lepas.

Rodzi bagaimanapun dalam kenyataan ringkas tersebut memaklumkan bahawa tiada lokaliti yang dikenakan lagi lanjutan atau penamatan sekatan pergerakan secara bersasar tersebut.

Kali terakhir beliau mengumumkan pelaksanaan PKPD ialah pada 27 Disember lalu yang membabitkan Felda Jengka 25 juga di Pahang dengan bermula hari keesokannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI