fbpx

‘Dahulu anak murid, sekarang suami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar kenangan yang dimuat naik oleh Nurhanis.

PETALING JAYA – Ajal, rezeki dan jodoh sememangnya perkara yang menjadi rahsia Allah SWT dan siapa sangka, hubungan yang dahulunya bermula sebagai guru dan anak murid akhirnya berubah menjadi pasangan suami isteri.

Nurhanis Zahidah Hashim, 34, bersama pasangannya, 23, menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menjalinkan hubungan semasa masih bergelar cikgu dan murid di sekolah tetapi ditakdirkan bertemu kembali di sebuah majlis perjumpaan semula bersama bekas pelajar pada tahun lalu.

Menurut Nurhanis, jarak umur dia dan suami adalah 11 tahun tetapi tidak menjadi masalah kepada dirinya untuk menerima bekas anak murid sebagai peneman hidup.

“Dia bujang dan saya pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, dia terima keluarga saya seadanya dan hubungan bersama anak-anak sangat rapat.

“Kami tidak pernah bercinta waktu sekolah selepas dia tahu saya seorang ibu tunggal ketika bertemu semula di sebuah majlis reunion (perjumpaan semula), dan dari situ kami mula berkenalan,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di media sosial @anieshashim.

Mereka melangsungkan perkahwinan pada Disember 2021 setelah hampir lapan bulan berkenalan dengan lebih rapat.

Sementara itu, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan ke atas perkahwinan mereka.

“Assalamualaikum cikgu, semoga cikgu bahagia dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan bersama pasangan,” kata Azri Sabaruddin.

“Semoga bahagia sampai syurga, jodoh datangnya dari Allah, muka pun nampak seiras,” kata Arjuna.

Selain itu, ada juga antara pengguna sempat berseloroh dengan mengatakan jodoh mereka berkemungkinan masih bersekolah melihat daripada jarak usia seperti pasangan romantis itu.

“Patutlah saya belum berkahwin, mungkin jodoh saya sedang mengenali huruf lagi,” kata Syarifah Sharif. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI