fbpx

Banjir: Permaisuri Johor serah sumbangan peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat tiga PPS di daerah Mersing hari ini untuk menyerahkan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir terlibat.

MERSING – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli berangkat melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Mersing hari ini untuk menyerahkan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir terlibat.

Baginda meluangkan masa melawat tiga PPS di Politeknik Mersing, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tenglu dan SK Air Papan yang secara keseluruhan menempatkan 386 mangsa banjir daripada 102 keluarga.

Selain mengurniakan sumbangan peribadi untuk meringankan beban mangsa banjir, baginda juga turut meluangkan masa beramah-mesra bersama mereka.

Baginda juga mengurniakan pelbagai barangan lain untuk kegunaan mangsa-mangsa banjir seperti telekung, sejadah, tuala wanita, lampin pakai buang untuk bayi, selipar dan tuala mandi.

Kurniaan disampaikan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA).

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani, Pegawai Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI