fbpx

Banjir: 3,310 mangsa banjir Sabah masih berada di 30 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi banjir di daerah Beluran setakat hari ini. - FOTO: IHSAN BOMBA

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir Sabah berada di pusat pemindahan sementara (PPS) menunjukkan penurunan pagi ini.

Setakat pukul 10 pagi tadi, masih terdapat seramai 3,310 orang mangsa banjir Sabah meliputi 1,316 keluarga membabitkan enam daerah masih ditempatkan di 30 PPS membabit enam daerah.

Bagaimanapun, jumlah terbabit menunjukkan sedikit penurunan berbanding 3,329 orang daripada 1,231 keluarga setakat pukul 9 malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, enam daerah yang masih terjejas banjir Kota Marudu, Paitan, Beluran, Telupid, Sandakan dan Pitas.

“Kota Marudu kekal daerah yang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 2,653 melibatkan 1,113 keluarga dan kini ditempatkan di 13 PPS manakala daerah Pitas merekodkan 296 penduduk terjejas banjir membabitkan 123 keluarga yang berada di empat PPS.

“Seramai 172 mangsa daripada 38 keluarga pula dicatatkan di daerah Telupid yang masih berada di tujuh PPS,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini

Mengulas lanjut, jurucakap APM Sabah menyatakan seramai 102 orang penduduk terjejas banjir membabitkan 24 keluarga masih berada di tiga PPS bagi daerah Paitan.

Menurutnya, dua daerah lain kekal merekodkan mangsa banjir ialah Sandakan dengan seramai 46 mangsa melibatkan tujuh keluarga di satu PPS manakala Beluran 41 mangsa daripada 11 keluarga yang masih berada dua PPS. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI