fbpx

Yamaha RXZ hanyut, penunggang selamat berpaut pada pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa (berbaju jingga) berjaya ditarik ke kawasan selamat oleh anggota bomba dan orang awam di Bukit Sengit, Pogoh, Segamat hari ini.

SEGAMAT – Kedegilan seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ meredah laluan yang dinaiki air banjir di Bukit Sengit Pogoh di sini mengundang pada apabila dia dihanyutkan arus deras.

Dalam kejadian pada pukul 7.58 pagi hari ini, mangsa berusia 37 tahun itu bagaimanapun terselamat selepas diselamatkan pasukan bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan terdapat mangsa hanyut dibawa arus deras.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, menurut maklumat orang awam yang berada di tempat kejadian terdapat seorang mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ telah hanyut dibawa arus deras ketika cuba merentas jalan yang sedang dinaiki air.

“Mangsa berjaya berpaut pada sebatang pokok dan PKO bertindak menyelamatkan mangsa menggunakan tali penyelamat dan membawa mangsa ke kawasan yang selamat,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari

Dalam pada itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Kenny Ismol Abd l. Rahman berkata, motosikal milik mangsa tidak dapat diselamatkan kerana arus air yang deras telah menghanyutkan kenderaan terbabit.

“Pihak bomba mengingatkan orang awam supaya jangan cuba-cuba meredah arus banjir ketika ini.

“Ia bukan sahaja merbahaya kepada diri sendiri tetapi kepada orang awam serta anggota bomba yang berada di tempat kejadian bagi misi menyelamat,”katanya.

Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 8.30 pagi sebelum enam anggota pulang ke balai untuk tindakan lanjut.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI