fbpx

Umbro taja TFC RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABD. RASID (dua dari kiri) dan Anwar (dua dari kanan) bertukar dokumen penajaan bagi skuad TFC bagi saingan musim baharu nanti.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

TERENGGANU FC (TFC) berjaya menarik tajaan baru daripada syarikat pengeluar barangan sukan antarabangsa, Umbro bagi saingan Liga Malaysia (Liga M).

Pengurus Penjenamaan Umbro Malaysia, Anwar Mamtaj berkata, penajaan selama dua tahun sehingga penghujung musim 2023 itu melibatkan peruntukan RM1 juta bagi setiap musim.

Beliau berkata, Umbro akan membekalkan tiga set jersi bagi skuad Sang Penyu bagi kedua-dua musim berkenaan.

“Nilai komersial yang tinggi menjadi daya tarikan utama Umbro untuk tampil sebagai antara penaja utama TFC.

“TFC dilihat memiliki  prospek pemasaran dengan dokongan penyokong serta pengikut sukan bola sepak yang begitu hebat,” katanya selepas menandatangani perjanjian dengan TFC di Kuala Nerus, Terengganu kelmarin.

Skuad Sang Penyu diwakili Pegawai Eksekutif TFC Sdn. Bhd, Ab. Rasid Jusoh.

Anwar berkata, penajaan terhadap TFC merupakan terbesar pernah dikeluarkan Umbro untuk sebuah kelab bola sepak Liga M.

Tambah beliau, tiga set jersi Umbro untuk TFC berkenaan dijangka  akan dikeluarkan pada hujung bulan depan.

Sementara itu, Abd. Rasid berkata, pemilihan Umbro yang juga jenama dari England dilaksanakan melalui tender terbuka sejak Jun tahun lalu.

Beliau berkata, TFC kini dalam sasaran mendapatkan penajaan sejumlah RM25 juta bagi menampung perbelanjaan musim 2022.

“TFC sangat berbangga menerima Umbro yang sudah terkenal di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada pasukan ini.

“Selain dapat membantu meningkatkan nilai komersial TFC, kami harap ianya boleh melonjakkan semangat pemain untuk cabaran musim baharu 2022,” katanya. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI