fbpx

Ribut petir, hujan lebat di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu diramal melanda beberapa kawasan di Perak melibatkan Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Turut menerima amaran yang sama, di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sabah pula, ia tertumpu di beberapa kawasan di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat manakala Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Limbang.

Dalam pada itu, penduduk di kawasan berkenaan dinasihati untuk berwaspada dan sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI