fbpx

Pembuli Kang Hye-won sedang diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG HYE-WON

ENGGAN berdiam diri daripada terus menjadi mangsa komen jahat netizen, aktres Kang Hye-won menerusi agensinya, 8D Entertainment akan terus memburu individu bertanggungjawab untuk dikenakan hukuman setimpal.

Sejak awal tahun lalu, 8D Entertainment dalam usaha mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi bekas anggota IZONE itu daripada dibuli komen jahat di internet.

“Sebelum ini kami sudah memberi amaran keras terhadap sesiapa yang berulang kali menulis atau menyebarkan berita tidak betul terhadap Hye-won.

“Berdasarkan pemantauan dan bukti, kami sudah menyelesaikan proses pengumpulan bukti yang pertama. Menerusi firma guaman IL, kami sudah memfailkan aduan

kepada Balai Polis Gangnam Seoul pada November lalu. Siasatan kini sedang dijalankan,” katanya.

Tambahnya lagi, mereka akan terus dengan keputusan mengambil tindakan undang-undang berdasarkan pemantauan bukti.

“Kami bertegas dengan tindakan ini, tanpa sebarang kompromi. Terima kasih atas segala kasih sayang dan sokongan peminat selama ini,” ujar wakil Hye-won kepada media.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI