fbpx

Operasi cari OKU hilang ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mencari seorang lelaki OKU yang hilang sejak empat hari lalu di Kampung Senpeneh, Batu Kurau.

BATU KURAU – Operasi mencari seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) yang dikhuatiri hilang di Kampung Senpeneh, Cempaka dekat sini ditangguhkan setelah empat hari dia tidak ditemui.

Mangsa yang berusia 26 tahun itu hilang pada Jumaat lalu di kawasan hutan di belakang rumahnya kira-kira pukul 4 petang sebelum pencarian dilakukan penduduk kampung.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, gerakan mencari mangsa yang masuk hari keempat ditangguhkan hasil perbincangan pihak-pihak terlibat termasuk Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat.

“Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan sehingga ada petunjuk baharu. Bagaimanapun, pihak bomba akan terus membuat pemantauan dari masa ke semasa,” ujar jurucakap tersebut.

Terdahulu, operasi pencarian mangsa disambung pagi tadi dengan 85 orang terdiri daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau dan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).

Turut membantu ialah 26 anggota Pasukan Gerakan Am selain 30 orang penduduk kampung melibatkan kawasan seluas 15 kilometer persegi.

Pencarian turut menggunakan khidmat unit anjing pengesan bomba, K9 manakala operasi diketuai Ketua BBP Bagan Serai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Noor Syamsi Zainodin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI